15 TIPS MENGURUSKAN BADAN

15 TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN

(tips ni saya copy dari wall cantik n sihat di post oleh Umie Md Zain..tq umi for sharing)

Image

1. Saya Boleh!
Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasala berfikiran positif.

2. Sarapan Adalah Wajib
Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat.

3. Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi
Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian. Anda juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.

4. Elak Diet Sementara
Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam tubuh.

5. Makan Dengan Teratur
Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.

6. Banyakkan Pengambilan Serat.
Serat amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu menurunkan berat badan.

7. Pilih Makanan Yang Menyihatkan
Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran.

8. Lakukan Senaman Dan Bersukan
Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.

9. Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam
Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan mnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.

10. Banyakkan Pengambilan Protein
Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti ikan,daging,ayam tanpa kulit, kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan sebelum sampai waktunya.

14. Minum Air Yang Cukup
Pendapat pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih yang mencukupi, ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan secara berlebihan. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

15. Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan.
Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s