SUGGESTION MENU WITH SD2 DIET /CADANGAN MENU UNTUK DIET SD2

Cadangan Menu Pemakanan Untuk Pengamal SD2

Untuk anda yang mengamalkan Slim Diet II, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu lebih kreatif untuk perbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan kerbohidrat dan gula) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan.

Buat permulaan, fokus makanan anda kepada lima (5) jenis lauk pauk ini: ayam/burung, ikan, daging, telor dan makanan laut. Lima jenis makanan ini tiada limit untuk ada makan sehari. Makanan yang lain ada mengandungi karbohidrat dan anda harus kira berapa gm karbohidratnya setiap hidangan untuk anda makan.

Sarapan Pagi

1.    Telor – Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)

2.    Sausage – Rebus, grill, slice kecil dan goreng

3.    Burger daging & ayam

4.    Ayam kukus dengan spices

5.    Fish finger/fillet (cari yang chunky kurang tepong)

 

Makan Tengah Hari

1.    Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan

2.    Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis

 

Makan Malam

1.    Soup/tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur

2.    Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)

3.    Tahu bakar dan sotong kangkung

4.    Western: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)

5.    Sama dengan makan tengah hari

 

Snek

1.    Tempe/ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong (Jangan ambil terlalu banyak dlm sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)

2.    Nugget ayam, Drummet, Fish Fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35g sehari)

NOTA:

1.    Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebihkurang 4 gram setiap keping.Tergantung kepada jenama makanan tersebut.

2.    Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan dari jenis protien isolate dan masih mempunyai 30 gram karbohidrat setiap 100 gram makanan.

3.    Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.

4.    Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.

5.    Kebanyakan chilli/tomato sos ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu lebel makanan dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.

6.    Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.

7.    BUAH-BUAHAN juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s