HOW TO TAKE SD2 / CARA-CARA PENGAMBILAN SD2

Cara-cara Pengambilan SDII

Tiada peraturan rumit untuk dituruti ketika mengambil SDII. Cara makan SDII amat mudah seperti berikut:-

Perkara penting:- Mesti goncang tin sebelum dibuka penutupnya untuk memastikan semua zat2 didalam susu adalah serata sebelum pengambilan.

  1. Campurkan 2 skop SDII kedalam lebih kurang satu gelas (250 ml) air sejuk, kacau atau goncang sehingga larut didalam gelas atau shaker dan minum.
  2. Minum sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Contohnya begini; Bangun waktu pagi kita minum SDII (1), lepas itu kita sarapan pagi. Sebelum makan tengah hari ambil SDII (2) kali kedua dan kemudian makan tengahari seperti biasa. Sebelum makan malam kita boleh mengambil SDII (3) sekali lagi dan makan malam seperti biasa. Kali keempat (4) boleh ambil SDII waktu minum petang atau sebelum tidur. Semuanya 4 kali sehari dan boleh disesuaikan mengikut program harian kita supaya kita tidak berlapar dan perut sentiasa kenyang.
  3. Disarankan mengambil SDII sebelum makan.
  4. Sekiranya anda berpuasa, masih perlu mengambil SDII sebanyak 4 kali sehari dengan jadual yang bersesuaian ketika berpuasa (sila lihat bawah cara2nya).
  5. Pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam pula jangan mengambil makanan berkabohidrat dan bergula termasuk air yang manis serta berkafein dan juga buah-buahan. Makan lauk-lauk sahaja.
  6. Boleh memakan sayuran-sayuran hijau dan juga tomato.
  7. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih lagi. Lagi banyak minum lagi baik. Boleh juga mengambil green tea.

 

Cara Pengambilan SD2 Sewaktu Berpuasa

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing. Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan  4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup).

APA YANG ANDA BOLEH MAKAN ?
(Digalakkan untuk makan. Boleh masak mengikut apa cara kesukaan anda)

AYAM
LEMBU
KAMBING
ITIK
IKAN
UDANG
KETAM
TELUR
BUAH AVOCADO
BUAH ZAITUN
SAYUR-SAYURAN HIJAU BUKAN UBI
PRODUK SOYA YANG RENDAH KARBOHIDRAT
KEJU YANG RENDAH KARBOHIDRAT
AIR TEH HIJAU YG TAK BERKAFEIN SERTA TIADA GULA
AIR KOSONG /AIS
LAIN-LAIN MAKANAN BERPROTIEN SAHAJA

APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
(Dilarang makan untuk kesan yang optimum. Pengambilan yang sedikit juga akan melambatkan penurunan berat badan)

NASI
MEE
PASTA
ROTI
BISKUT
GANDUM/OAT/NESTUM
SAYURAN BERUBI (keledek, kentang, karot, sengkuang)
ALKOHOL
KAFEIN (KOPI/TEH)
MINUMAN RINGAN
MINUMAN DIET (SODIUM)
BUAH-BUAHAN
SUSU
GULA-GULA (MANISAN)
GULA
LAIN-LAIN MAKANAN BERKARBOHIDRAT SERTA BERGULA

Anda masih boleh mengambil makanan-makanan yang dilarang ini secara sederhana sekiranya anda tidak perlu menurunkan berat badan dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, tinggalkan lah segala larangan tersebut sementara berdiet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s