CANCER – PREVENTION IS BETTER THAN CURE

v)TAHUKAH ANDA?

 DIOKSIN ANCAMAN KESIHATAN WANITA DALAM DIAM….PUTIH, BERSIH TAPI…..BAHAYA (PAD BIASA DI PASARAN)

 Bagaimana kebanyakan tuala wanita di pasaran diproses?

 DIOXIN…Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Pernahkah anda membaca artikel mengenainya? Percayakah anda hampir 95% semua masalah wanita pada masa ini adalah berpunca dari masalah Dioxin ini? Pernahkah anda mengalami masalah ini:

i) Senggugut

ii) Keputihan 

iii) Kegatalan bahagian faraj

iv) Kitaran haid yang tidak menentu

v) Sakit belakang ketika haid

vi) Kekuningan

vii) Ruam

viii) Trichomoniasis

viiii) Genital warts (Ketuat)

x) Faraj berlendir / berbau

xi) Endometriosis

 Hasil kajian menunjukkan daripada 100 orang wanita, 95% daripadanya mengalami salah satu masalah di atas. Ini sebenarnya adalah gejala awal kepada permasalahan yang lebih besar iaitu KANSER SERVIK & PAYU DARA”. Kebanyakan tuala wanita di pasaran diperbuat daripada serbuk pulpa kayu yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu DIOKSIN. Kertas buangan, agen peluntur yang berkarsinogen, agen fluorosen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang berada di pasaran. Kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak, pulpa kayu yang terdedah bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan berklorin untuk menjadikan ia lembut,putih dan bebas penyakit. Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya dioksin yang menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses. Setelah segala proses selesai maka terhasillah produk tuala wanita, pantiliner dan tampon dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita dan digunakan oleh wanita di seluruh dunia semenjak tahun 1970.

 TAHUKAH ANDA APAKAH DIOKSIN??

 Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia 130 kali ganda lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding Arsenic. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser). Banyak kajian perubatan membuktikan bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko tinggi kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, keguguran dan pelbagai masalah puan yang lain. Sejarah pembuatan tuala wanita pakai buang dicipta pada tahun 1930-an oleh Kimberly Clark bagi menampung kehendak pekerja-pekerja wanita di seluruh dunia bermula dari era Revolusi Industri pada tahun 1750-an. Ia diperbuat daripada serbuk kayu pulpa bersama dengan kertas kitar semula yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur yang menghasilkan bahan kimia Dioksin. Serbuk pulpa yang telah lembut kemudiannya digembur untuk mendapatkan lapikan gebu seperti kapas. Lapikan gebu inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang yang dijual dipasaran semenjak tahun 30-an sehingga sekarang.

 Proses pembuatan tuala wanita

“Kertas buangan, agen peluntur yang berkarsinogen, agen fluorosen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang berada di pasaran”

 

‘Kebanyakan tuala wanita di pasaran diperbuat daripada serbuk pulpa kayu yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu DIOKSIN’

Ini adalah fakta sebenar bagaimana proses pembuatan tuala wanita ini dihasilkan. Tidakkah anda merasakan terkejut kerana selama ini anda memakai tuala wanita yang berisiko tinggi dimana terdapat Dioksin di dalamnya. Punca inilah yang menyebabkan ramai wanita tidak kira umur mengalami banyak masalah kesihatan. Sedar tak sedar, sudah berapa tahun anda menggunakan tuala wanita yang berasaskan kertas? Sudah berapa banyak tuala wanita yang anda telah gunakan? Fakta: Setiap wanita menggunakan 15,000 atau lebih tuala wanita untuk purata 35 tahun ke atas sepanjang hayatnya. Sebab itu ramai wanita berisiko mengalami masalah kanser payu dara, kanser servik, fabroid, dan sebagainya.

 Bagaimana Dioksin meresap ke dalam rahim?

 Darah haid yang mengalir keluar dari uterus akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Apabila suhu meningkat, sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terhasil dan dibebaskan melalui proses pemeluapan. Gas bertoksid yang dibebaskan ini berpotensi menyerap ke dalam rahim wanita setelah 30 min terdedah. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saraf dan saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup fallopio. Kebiasaannya kanser serviks tidak menunjukkan sebarang tanda atau kesakitan pada peringkat awal. Tanda seperti berdarah di luar tempoh haid, keluar darah kotor yang terlampau, sakit teramat di bahagian pinggul/pinggang, sakit ketika seks akan ketara apabila kanser serviks mula berada di peringkat kritikal.

 

Hindari Kanser

 80% wanita masa kini mengalami gejala awal kanser seperti senggugut, keputihan, kegatalan, jangkitan kuman, haid tidak menentu, discharge berlebihan, endometriosis, trichmoniasis dan pelbagai masalah sakit puan yang lain. Hampir 90% berlaku akibat kesan penggunaan jangka panjang  tuala wanita berkualiti rendah yang ada dipasaran. Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002). Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan menggunakan sebatian klorin yang akhirnya menghasilkan sisa dioksin! EPA(Environmental Protection Agency) Amerika Syarikat mengklasifikasikan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya. Kajian EPA pada tahun 1996 telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin berkemungkinan berisiko mengalami masalah berikut:-

a) Endometriosis (jangkitan uterus)

b) Kelemahan sistem imun.

c) Peningkatan risiko panyakit radangan pelvik.

d) Menjejaskan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.

e) Gangguan perkembangan janin dan kanak – kanak (bagi perempuan hamil).

 Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

 

DIKELUARKAN DENGAN PENGGUNAAN BANYAK BAHAN KIMIA

 Untuk membuat tuala wanita, setiap pulpa kayu pada mulanya direndam di dalam air, di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan akan dimasukkan pada peringkat ini. (Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta diberi pengudaraan bagi menggebukannya). Ada didapati  tuala wanita mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu akan diproses secara kimia bagi menjadi gentian lebih panjang. Pemprosesan secara kimia seperti “de-inking” bahan yang dikitar semula, ‘bleaching’, pelunturan, pemutihan, dan pelembutan akan meninggalkan sisa bahan kimia dioksin yang kekal pada tuala wanita biasa.

 Ikan di dalam rendaman air tuala wanita biasa mati disebabkan keracunan dioksin yang berpunca daripada tuala wanita biasa itu sendiri. Tetapi ikan tetap hidup di dalam rendaman air FC Bio Sanitary Pad. Ini menunjukkan FC Bio Sanitary Pad bebas bahan dioksin dan selamat digunakan.

 

Sanggupkah ini berlaku kepada anda, orang tersayang, dan keluarga anda?

 Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser).

 

JENIS-JENIS KANSER YANG MENYERANG WANITA DAN TANDA2 AWAL

 Oleh Prof. Madya Dr. Shah Reza (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM))

 PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan. Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal. Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign). Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya. Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain. Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar- sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain. Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum. Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal. Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

 

Petanda awal

 Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar. Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu. Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara. Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor. Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.

 

Kanser payudara

 Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2. Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda. Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini. Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal. Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara. Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser. Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.

 

Kanser ovari

 Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2. Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan. Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

 

Kanser rahim

 Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun. Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu. Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim. Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid. Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak. Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti: “Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian. “Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium. “Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan. “Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.

 

Kanser pangkal rahim (serviks)

 Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim. Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang). Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor. “Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj “Pendarahan abnormal melalui faraj “Pendarahan selepas hubungan kelamin Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos. Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.

 

Kanser faraj dan vulva

 Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera. “Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang. “Kegatalan. “Pendarahan yang abnormal. “Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.

 

Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:

– Tidak merokok atau berhenti merokok

– Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans

– Banyakkan makanan berserat tinggi

– Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

– Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

– Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari

– Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda

– Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas

– Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu

– Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

 

‘DAPATKAN PRODUK KESIHATAN KAMI YG TERBAIK PADA HARGA YG ANDA MAMPU’

KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

Sila lihat di bahagian ‘health product’ untuk memilih produk yg sesuai dengan anda

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s